Saturday, November 6, 2010

AdaKah kaU LUpA??!

Adakah kau lupa 
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa

Memayungi dua pertiga dunia
Menrentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan

Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan

Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang

Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah

Friday, October 15, 2010

mUhasabaH CiNtA

“Cinta”.  Perkataan yang biasa kita dengar dan ungkapkan.  Setiap manusia yang berpeluang hidup di muka bumi ini pasti mengalami perasaan cinta.  Manusia memang dilahirkan secara fitrahnya mempunyai perasaan cinta.

Seorang ibu sanggup berkorban nyawa untuk anaknya kerana cintanya kepada anak.  Seorang bapa sanggup berkorban harta dan tenaga kerana perasaan cintanya kepada keluarga.  Seorang penuntut sanggup mengharungi susah dan payah kerana cintanya kepada ilmu.  Seorang perwira sanggup berkorban jiwa kerana cintanya kepada tanahair.  Seorang hartawan sanggup berkorban masa dan maruah kerana cintanya kepada harta.  Dan seorang pencinta kononnya sanggup merentasi lautan berapi lantaran cintanya kepada kekasihnya.  Secara dasarnya, kita sanggup berbuat apa sahaja kerana ingin menjaga dan mengejar cinta.

Itulah cinta.  Ia fitrah.  Dan ia juga boleh menjadi fitnah.  Ia boleh menjadikan seseorang mulia atau hina.  Ia bisa merubah manusia menjadi lebih baik di sisi Tuhan dan manusia.  Dan ia bisa juga menjatuhkan nilai seseorang dari sudut pandangan Tuhan dan manusia.

Sudah lama kita menjalani kehidupan ini.  Dan sudah banyak kali perkataan ‘cinta’ kita ungkapkan dan luahkan.  Di kesempatan yang terbatas ini, marilah kita bermuhasabah.  Muhasabah tentang cinta.  Mudah-mudahan muhasabah ini bisa menyedarkan kita semua akan di mana letak duduknya rasa cinta kita?  Di tempat yang sepatutnyakah?  Atau sudah tersasarkah cinta kita selama ini?

1.    Orang yang beriman sangat cinta kepada ALLAH
 “Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah...” (Surah ke-2, al-Baqarah: ayat ke-165)

2.  Amaran Kepada Yang Meletakkan Cinta Kepada Mahkluq Melebihi Cinta Kepada ALLAH
 Katakanlah: “jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya.” Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.  (Surah ke-9, at-Taubah: ayat ke-24)

Cukuplah dengan 2 ayat al-Quran di atas bagi kita mula bermuhasabah.  Jika selama ini kita telah meletakkan cinta dan perhatian kepada makhluq, nah mulai hari ini marilah kita letakkan semula rasa cinta dan kasih itu di tempat yang sepatutnya.  Menyedari bahawa meletakkan cinta kepada ALLAH mengatasi segala-galanya, kita mesti membuktikan rasa cinta itu.  Tidak cukup dengan hanya kalimah “aku cintakan ALLAH” atau “ALLAH adalah segala-galanya buatku” atau seumpama dengannya.  Ia mesti dibuktikan!

ALLAH subhanahu wata’ala telah berfirman di dalam al-Quran tentang pembuktian cinta kepada ALLAH adalah dengan mengikuti segala suruhan dan perintah yang disampaikan oleh Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam:
Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.  (Surah ke-3, ali-Imran: ayat ke-31)

Justeru, bagi merealisasikan rasa cinta kepada ALLAH, kita juga mesti meletakkan rasa patuh dan cinta kepada Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam.  Al-hubb (cinta) dan al-ittiba’ (ikut) Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah suatu yang dituntut agama.

Muslimin-muslimat sekalian,

Sudah banyak rasa kecewa menyinggahi jiwa kita.  Sudah tidak terkira kita rasa sedih apabila orang yang kita cintai membuat sesuatu yang tidak kita sukai.  Sudah acap kali kita didatangi keresahan apabila harta yang kita cintai hilang atau berubah hakmilik.  Ya, cinta kepada makhluq pasti mengundang kekecewaan.

Sekiranya cinta dan kasih diletakkan kepada ALLAH melebihi rasa cinta kita kepada makhluqNYA, nescaya kita tidak akan didatangi kecewa.  Sedih yang melanda akan segera terubat apabila cinta kepada ALLAH menguasai jiwa.  Malah, jiwa akan hidup dalam ketenangan dan kemanisan iman akan mula menyerap ke dalam jiwa.

Hadis riwayat Anas radhiAllahu ‘anhu, dia berkata bahawa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Ada tiga hal yang barang siapa mengamalkannya, maka ia dapat menemukan manisnya iman, yaitu orang yang lebih mencintai Allah dan Rasul-Nya daripada yang lain, mencintai orang lain hanya karena Allah, tidak suka kembali ke dalam kekufuran (setelah Allah menyelamatkannya) sebagaimana ia tidak suka dilemparkan ke dalam neraka.” (Shahih Muslim No.60)

Semoga tulisan yang ringkas ini bisa mencetus rasa ingin memperbaiki rasa cinta kepadaNYA.  Mudah-mudahn kita semua tergolong di dalam kumpulan manusia yang meletakkan dambaan cinta dan redha ALLAH sebagai yang utama, amin…

JiHaD sEbEnaR

Sesungguhnya jihad adalah merupakan kemuncak di dalam dakwah Islamiah. Perjuangan para Rasul s.a.w dan para sahabat dipenuhi dengan jihad. Bermula daripada jihad hawa nafsu, berdakwah sehingga membawa kepada peperangan memerangi para musyrik dan kuffar.


Jihad pada bahasa ditakrifkan sebagai berjuang habis-habisan untuk mencapai sesuatu matlamat. Islam memilih jihad dan bukan "harb" (peperangan), walaupun mempunyai makna yang lebih kurang iaitu bermotifkan perjuangan tetapi "harb" lebih kepada perjuangan untuk sesuatu bangsa atau negara. Manakala jihad adalah perjuangan suci untuk kepentingan umat manusia sejagat dan mempunyai makna yang menyeluruh. Kesimpulannya Jihad itu lebih bersifat mencapai satu perubahan. Segala usaha dan tindak tanduk digabungkan ke dalam satu perubahan. Keluasan maknanya menjangkau dari perjuangan individu hingga kepada kenegaraan, dari melawan hawa nafsu hinggalah kepada peperangan melawan musuh di medan pertempuran. 

Di dalam memperjuangkan Islam, satu-satunya arah yang akan ditujui ialah Jihad fi Sabilillah. Segala niat, tujuan dan gerak geri dihalakan untuk menegakkan agama Allah yang maha suci ini. Telah diriwayatkan oleh Abu Musa r.a, seseorang datang bertanya kepada Rasulullah s.a.w : "Seseorang berperang untuk mendapatkan harta rampasan perang, yang lain berperang untuk mencari kemasyhuran dan yang ketiga berperang untuk menunujuk-nunjuk, maka siapakah yang berperang di jalan Allah? Rasulullah s.a.w menjawab : Sesiapa yang berperang agar kalimah Allah menjadi agung, dialah yang berperang di jalan Allah." -Riwayat Bukhari- 

Perjuangan di jalan Allah ialah berjuang menegakkan hukum Allah di dalam kehidupan manusia dan menjadikan undang-undang Allah itu didaulatkan sehingga menjadi perundangan yang mesti dituruti dan diikuti oleh semua golongan manusia. Firman Allah s.w.t: "Barang siapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah (hukum Allah) Maka sesungguhnya mereka termasuk ke dalam golongan yang fasik." (Al-Maidah : 47) 

"Barang siapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah (hukum Allah) Maka sesungguhnya mereka termasuk ke dalam golongan yang zalim." (Al-Maidah : 44) 

"Barang siapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah (hukum Allah) Maka sesungguhnya mereka termasuk ke dalam golongan yang kafir." (Al-Maidah : 45) 

Jikalau seseorang menolak hukum Allah kerana jahil atau tidak tahu, maka dia jatuh kepada peringkat fasik. Orang yang sebegini hendaklah diingati dan diajar secara lemah lembut agar mengerti segala peraturan yang ditentukan di dalam Islam. Mereka yang telah mengetahui hukum Islam tetapi masih lagi tidak mengamalkannya mungkin kerana lemahnya iman dan menurut nafsu, maka golongan ini termasuk di dalam mereka yang zalim. Golongan ini perlulah didakwah dan diberi peringatan yang dapat mengajak mereka kepada mengamalkan Islam. Dan akhir sekali mereka yang menolak hukum hakam Allah dengan secara terang, setelah diperingati dan didakwah secara beterusan tetapi masih lagi mahu menolak kebenaran, maka mereka ini termasuk golongan yang kafir yang perlu diperangi samada perang secara fikiran, perang secara siasah, perang di dalam bentuk ekonomi atau perang dengan senjata menurut apa yang diajukan oleh musuh kepada kita. 

Di dalam Al Quran banyak sekali terdapat ayat-ayat Allah tentang jihad di antaranya : "Hai orang-orang yang beriman sukakah kamu aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik jika kamu mengetahui." (As Soff : 10-11) 


"Diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al Baqarah : 216) 


"Kerana itu, hendaklah orang-orang yang menukar kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat, berperang dijalan Allah. Barangsiapa yang berperang dijalan Allah, lalu gugur atau memperolehi kemenangan, maka kelak kami akan berikan kepadanya pahala yang besar." (An Nisa' : 74) 


"Dan janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur dijalan Allah itu mati, bahkan mereka hidup disisi Tuhannya dengan mendapat rezeki." (Ali Imran : 169) 


"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang dijalanNya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti satu bangunan yang tersusun kukuh." (As Saf : 4) 


Untuk memahami secara lebih mendalam tentang Jihad ini, Imam Ibn Qayyim menulis di dalam bukunya "Zad Al-Ma'ad" bahawa jihad itu ada 13 bahagian dan dikumpulkan ke dalam 4 kumpulan : 

Jihadun Nafs 
Ia adalah satu peringkat di mana individu muslim itu mendidik dirinya sendiri untuk menghadapi masyarakat. Jihadun Nafs ini terbahagi kepada 4 bahagian : 

Mempelajari Islam dan segala ilmu yang berkaitan dengannya. 
Setelah dipelajari dengan yakin, maka ilmu itu hendaklah diamalkan. 
Setelah diamalkan maka hendaklah disebarkan ke tengah masyarakat. 
Hendaklah sabar di dalam menerima kesusahan dan kepayahan berdakwah dan terus menjalankan tugas dengan ikhlas semata-mata kerana Allah. 
Jihadus Syaitan 
Ia terbahagi kepada 2 bahagian : 

Melawan, menentang dan menghapuskan keraguan dan was-was yang berkaitan dengan keimanan. 
Melawan kemahuan dan keinginan nafsu daripada melakukan maksiat dan mungkar serta mengelakkan diri daripada terlibat dengan perkara yang tidak mendatangkan faedah seperti mengumpat, mengkeji dan sebagainya.
Jihadul Ashabu Zulm (Jihad menentang orang-orang yang zalim) 
Ia terbahagi kepada 3 peringkat : 

Jikalau kita mempunyai kuasa, maka ubahlah mereka dengan kekuatan dan undang-undang serta kasih sayang. 
Sekiranya kekuasaan tidak ada ditangan, maka hendaklah memperkatakan kebenaran itu dengan lisan. 
Sekiranya tidak mampu maka bencilah kemungkaran itu dengan hati. 
Jihadul Kuffar (berjuang melawan mereka yang kafir) 
Terdapat 4 peringkat iaitu : hati, lidah, harta dan jiwa . Jihadul kuffar itu apabila telah sampai masanya hendaklah dengan kekuasaan dan berjuang dengan apa yang mereka ajukan kepada kita. Ekonomi dengan ekonomi, pendidikan dengan pendidikan, siasah dengan siasah dan kekuatan dengan kekuatan. Bagi para munafik pula, hendaklah memperkatakan kebenaran dengan lidah dan memberikan ancaman Allah bagi mereka yang berpura-pura mengamalkan agama Allah. 

Jihad Fi Sabilillah adalah satu proses yang berterusan bermula daripada diri, keluarga, masyarakat, negara dan alam sejagat di dalam semua aspek kehidupan seperti pendidikan, ekonomi, ketenteraan, kehakiman dan sebagainya. Selain daripada itu di dalam memperjuangkan Islam perlu ada peraturan dan strategi agar perjuangan itu teratur dan tersusun. Di dalam hal ini, perlunya perjuangan Islam itu dibentuk dengan jamaah atau harakah muslimin yang mengamalkan Islam di seluruh aspek kehidupan agar dapat menjadi model kepada masyarakat. 

Tuesday, October 12, 2010

WaHAi MUslimaH!!!

Kadangkala, tika diri ini mengenangkan minda dari memikir2 perkara yg rumit ataupon merehatkan minda dari kerja rumah yg melelahkan, terlihat lah akan individu2 yg menyatakan diri mereka Muslimah meletakkan gambar2 mereka pada page mereka.. tidak kiralah samada di Friendster, Myspace,facebook mahupon blog sekalipun.. tidak lupa juga bg mereka yg menggunakan ym sebagai medium perhubungan... terbit rasa hairan di dalam hati ini.. dimanakah perginya rasa segan mereka..? tiadakah terbit rasa malu di hati mereka..?


 Bah! Ada Apa Dengan Gambar?


Baiklah... ana rase mungkin ramai yg membaca perkara ini merasa pelik..? Mungkin juga masing2 sudah memasang ayat bagaimana mahu melawan apa yang ana taipkan selepas ini.. ana amatlah berharap antunna (khususnya) semua membuka pintu hati masing2 dan bersedia untuk menerima apa yg ana mahu perkatakan selepas ini...


 Ana mulakan dengan persoalan..Perlukah diupload gambar untuk totonan umum..? Mengapa..??


 1.Supaya orang yg x kenal aku pon boleh kenal aku.


2.Supaya orang yg dh kenal aku boleh melihat aku selalu.


3.Supaya friendster aku jd kunjungan ramai...sbb ape..?dan byk lagi ana rase....


 Jd.. di atas adalah sebahagian survey ana terhadap pemilik2 Friendster dan respon mereka...


 Kerana Gambarmu itu Begitu Berharga


Sedarlah wahai Muslimah... tidakkah kamu merasakan gambarmu itu sungguh berharga..? Adakah kamu fikir wajahmu diciptakan semata2 untuk pandangan umum..?? Tak salah rasanya jika ana mengatakan ramai yg bangga meletakkan gambar dgn niat mahu mempertontonkan kecantikan yg telah dikurniakan Allah kpdnya..Adakah kamu fikir kebarangkalian gambarmu itu dijadikan bahan bg Muslim meruntuhkan IMAN mereka..? Sanggupkah kamu dituduh sebagai peruntuh keimanan seorang Muslim..?? Dikira 'beruntunglah' jika begitu.. tidak kurang juga yg hanya menjadi modal umpatan bg lelaki2 yg mengenali kamu..? Adakah kamu tahu apa yang mereka bualkan dibelakang kamu..? Jika kamu tahu, cuak kamu nk mengupload gambar kamu di alam maya ini..


Diingatkanlah juga kpd kamu bahawa kemudahan sekarang semakin canggih hari demi hari...Tidakkah kamu igt bahawa gambar2 di alam maya ini boleh di'save' dgn sng dgn hanya menekan bahagian kanan tetikus dan mengelik pd Save As sahaja boleh menjadikan gambarmu itu diabadikan di dlm komputer sang lelaki... Apa yang perlu dirisaukan sebenarnya bagi mereka yg mmg mahukan kecantikan mereka ditunjuk2..?INGAT..!! dengan kemudahan sekarang.. dgn mudah gambarmu itu di'edit' oleh mereka yg tidak bertanggungjwab dengan menggunakan Photoshop,Fireworks, dan lain2.. Hanya dengan satu kesilapan sahaja, jangan terkejut jika gambarmu secara tiba2 terpampang besar pd skrin website yg tidak sepatutnya.... Adakah ketika itu kamu mampu lg berbangga..? Apa yg mampu anda lakukan ketika itu..?? Hanya merintih x tentu pasal sahaja atas kesilapan yg dilakukan olehmu sendiri...(jaga2..!! ana juga seorang yg boleh dikatakan mahir dlm adobe photoshop...)


 Muslimah Dan Gambar


Perlu ana tekan kan di sini bahawa ana bukanlah musuh2 kamu semua, bukanlah mahu mengaibkan ataupon menghentam antunna semua.. tp ana adalah saudara seislam mu yg enggan melihat wajah2mu menjadi tontonan umum... tidak rela melihat mukamu dipaparkan sewenang2nya di alam maya.. Meskipun antunna sudah lengkap menutup auratmu..namun tatkala fitnah mengundang, muka tetap dikategorikan sebagai aurat ..


Sanggupkah kamu dituduh sebagai peruntuh keimanan seorang lelaki..? Perosak ketaqwaan seorang Muslim..?? dan lebih teruk lg menjadi Anak Panah syaitan..??


 Ini semua bukanlah satu rekaan semata2... Sabda Nabi: Perempuan itu boleh menjadi sebaik2 anak panah bg syaitan....(mafhum)


Sedarlah muslimah/akhowat.. sudah tiba masanya antunna sedar bahawa wajahmu itu hanya Halal dilihat berkali2 oleh mereka yg btol2 layak sahaja.. tidak perlulah berbangga dgn apa yg telah Allah anugerahkan kpdmu dgn menggunakanya sbgi Anak panah kpd syaitan..Na'uzubillah..!! Jika kamu semua tetap tidak mahu membuang gambarmu dr alam maya ini dgn seribu satu alasan... hanya satu pesan ana... BERHATI2LAH...!!?

AL-Baqarah.......(Ayat 286)

    "ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): 'Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.'"

Ya Ayyuhal-Kaafiruun!!

Firman ALLAH Ta'ala dlm Qur'anul-Karim,


BismILLAhir-Rahmaanir-Rahiim..


"Katakanlah: Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, Dan kamu tidak pernah pula menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmu agamamu, dan untukku agamaku."
                                            (surah al-Kafirun1-6)