Sunday, January 2, 2011

BerMujahadahlah,..

Mengapa takut untuk meninggalkan keluarga kerana ilmu? Suatu hari kau tentu akan berpisah dengan mereka buat selama-lamanya. Mengapa takut kau tidak akan bertemu dengan mereka lagi? Bukankah ada pertemuan di Syurga,.. Dan bukan kah doa itu tautan hati orang-orang mu'min,.. Redhalah hati.. Bukan mudah untuk mendapat ilmu Allah,.. Ilmu itu harta yang bernilai,.. Jika kau miliki, kau bukan sahaja dapat menjaga dirimu, malah keluargamu dan masyarakatmu. Jangan pentingkan diri, agama perlukan buktimu, pengorbananmu,.. Lihatlah hari ini, mereka cari dunia, maka urusan agama telah dipegang oleh orang-orang jahil. Siapa nak selamatkan agama? Bangkitlah pemuda, pemudi!! Agama perlukan bantuan kita! Jika ingin bantu urusan agama, tuntutlah ilmu,..

RenUngaN buAt RemAJa

Hidup memang sekali, muda pun cuma sekali, jika saat ini kita gunakan untuk enjoy, adakah kita boleh hidup kembali untuk ber'amal? Adakah kita nak tunggu masa tua baru nak kembali pada agama? Wahai Syabab(pemuda), berikanlah yang terbaik untuk akhiratmu, insya-Allah, Allah akan berikan yang terbaik untuk duniamu. Pegang dengan kukuh agama, Allah akan berikan jalan keluar atas segala kekusutan. Daripada Abu Hurairah R.A., Nabi Muhammad SAW bersabda, Allah berfirman "Wahai anak adam! Luangkanlah dirimu untuk ber'ibadat, nescaya Aku akan penuhkan dadamu dengan kecukupan dan Aku menutup kefakiran kamu. Jika kamu tidak melakukannya nescaya Aku membuatkan diri kamu sentiasa dalam keresahan dan Aku tidak menutup kefakiran kamu."